Puhh..puhh...haishh..dah berhabuk 7 inci dah belog hemak ni..haik???hemak??..hahaaa...setelah hampir setahun berlalu kottt....sangat terlalu byk skali memori yg ingin aku karangkan (macam panjangnya episod drama memori cinta suraya..eh..hahaaa) mmg x terdayolah den nak mengarang..okey..kita pendekkan..
Al kisahhh~~permulaan cerita..segalanya berubah..berubah??apa yang berubah mak jemah oii???hahaaa..ok lah..camni...jika tahun 2014 mengubah statusku dari seorang anak dara menjadi sang isteri, kini tahun 2015 datang mengubah kehidupan aku lagi..sungguh jiwaku dipenuhi oleh rasa keibuan..sangat aku terasa perubahan itu dari semua ceruk penjuru..segalanya berubah..fizikalku, emosiku & perlakuanku..kini aku seorang ibu..hehee..ibu kepada seorang bidadari kecil yang diamanahkan oleh Allah s.w.t bernama Nur Raisya Sakinah..Nama yang indah..walaupun pada awal perancangan aku namanya bukan begitu.. ini kerana semuanya sudah tercatat di luh mahfuz..aku percaya segalanya Allah sudah aturkan sebaik2nya..kita hanya sebagai manusia kerdil cuma mampu perancang..Allah penentu segalanya..
Tanggal 21 April 2015 jam 12.12pm Nur Raisya Sakinah dilahirkan..dalam tempoh mahu melahirkan Raisya, contraction yg aku rasekan selama hampir lebih kurang 24 jam aku rasakan..mmg sakit gile macam nak gilelah org kate,mengiring kekiri x kena, kenanan x kena,duduk x kena,bediri lg x kena..badan letih..mata ngantuk, tapi x boleh nak tido..mmg teramat tak selesa, x tertahan..sehingga aku request kat nurse ubat tahan sakit..nak dapatkan ubat tu pulak mak hai..kene buat CTG dulu (iaitu scan pergerakan/denyutan baby dalam perut macam mane..lbh krg camtulah x silap aku..haha) dah lah nak tunggu result CTG tu kene tunggu sampai setengah jam..perghhh..dia punya pegi nak menahan sakit contraction tu lagi..tergolek kekiri kekanan aku..pastu kene marah dgn nurse sbb x reti nak baring diam2, x leh nak dapat result elok..result x elok lak kena lagi tunggu sampai setengah jam lagi..Ya Allah Ya Rabbi..menangis2 aku tahan sakit tu..mmg tuhan saja lah yg tau..En.Husband pulak kat luar wad mmg dah x duduk diam macam aku jugak.nak jage aku sentiasa x dibenarkan pulak..saampaikan minta tlg akk sebelah katil aku dalam wad yg kebetulan pulak suami dia kawan sama sekolah menengah dengan En.Husband dulu.Isteri dia baru je masuk wad ptg tu..so dia x sakit lagi..Akk tu lah bg tau setiap perkembangan keadaan aku dalam wad tu..sbbnya aku nak pegang henpon pn mmg x berdaya dah..x pasal2 akk tu jg mata2 x berupah..hahaa..Terima kasih bebanyak kak..aku pn x sempat nak jumpe akk tu ucap terima kasih hari tu..huhhhh...setelah petang berganti malam..malam berganti subuh..jalan untuk bayi ku keluar hanya buka 4 ke 5cm shj..Dktr pn memberitahu aku dia mahu pecahkan air ketuban ku dengan alasan katanya mgkin jalan akan buka lebih cepat bila air ketuban sudah pecah..aku pun mengiakan sahaja.dengan pengetahuan juga pengalaman yg sememangnya ZERO dalam hal melahirkan anak ni, aku mengiakan saja apa yang doktor kata..Dalam fikiran aku "dia doktor kot..msti dia tau apa yg dia buatkan"..huhuu..setelah air ketuban di pecahkan.contraction masih aku rasekan..selepas azan subuh berkumandang,aku masih lagi di dalam wad biasa..selepas subuh baru aku di bawa ke labor room..dengan bukaan hanya 5cm..kat dlam labor room pula lain pengalaman..aku berdoa sgt aku dapt lahirkan baby ni secara normal..dengan keadaan aku terhidrasi mase tu..aku rase haus gile mcm kat padang pasir..bibir mmg kering sgt2..bila aku request nurse air,dia cuma bagi secawan kecil ke air..mmg sekadar utk basahkan tekak saje..Dengan keadaan dalam labor room hanya tirai kain menjadi penghadang antara ibu2 lain yg mahu melahirkan..mmg jelas sekali aku dengar ibu2 semua menjerit meneran sehabis tenaga mahu melahirkan baby mereka..bila terdengar suara tangisan baby yg baru keluar dari rahim ibu mereka tu..aku pulak yang rasakan sepertinya lega..padahal bayi aku x keluar lagi mase tu,aku masih lagi terbaring atas katil menahan contraction..Dalam tempoh aku di labor room tu, aku rase ade dah 2 ke 3 ibu kot dah melahirkan..aku ni yg masuk dari subuh tadi x terberanak2 lagi weh..Sampai lah waktu hampir ke tengahari..bila doktor dah x tau berapa kali check aku punya jalan yg masih sama je, cuma berganjak 1cm..akhirnya doktor memberi cadangan,jika diberi keizinan dari En.Husband,aku akan di operate..sbbnya air ketuban dah lama pecah,mereka takut baby akan lemas & denyutan baby pula dah semakin lemah..so merisiko kan ibu & juga baby jika tunggu lebih lama lagi..So..setelah keputusan semua sudah dicapai, keizinan sudah diberikan oleh En.Husband, aku dipindahkan ke bilik OT..Masuk je bilik tu mmg segala persiapan telah dilakukan oleh nurse..makanya operation pun terus dijalankannn..Akhirnya dengan segala kudrat serta doa-doa dari insan-insan tersayang, aku tabahkan hati kecilku,kuatkan semangatku untuk menjalani pembedahan demi keselamatan bayiku.. En.Husband dengan rela & x rela hatinya memberi keizinan kepada doktor untuk menjalankan pembedahan itu selepas dia sendiri berasa ketidak sanggupan melihat keadaan aku yang menanggung kesakitan menjadi semakin lemah dan takut keadaan aku akan menjadi bertambah bahaya untuk aku serta bayi kami, makanya keputusan untuk merelakan sahaja operation itu dilakukan. Walhal ketika saat itu aku yakin hatinya sama seperti aku..segala kerisauan dan ketakutan menerjah menyemak padat didalam hati..Aku yang berada didalam bilik OT ketika itu rasenya sudah sgt x berdaya..aku pasrahkan saja segalanya..di dalam hati aku panjatkan doa agar bayiku ini diberi kesempatan melihat alam semesta, berkenalan dengan seluruh keluarganya..sehingga aku terdetik tidak mengapa jika umur ku hanya sampai disini..aku redha, asalkan bayi ku selamat..kerna aku tau aku tidak mati dengan ganjaran yang besar teramat sgt..Tapi Alhamdulillah aku bersyukur teramat sangat..Tuhan masih memberi peluang kepada aku dan bayiku untuk masih lagi hidup untuk bersama-sama dengan keluarga kami,masih lagi berpeluang hidup diatas buminya ini..
Mari kita tgk muka budak bertuah ni ye...hehee..jeng..jeng..jeng..
Masa ni Raisya baru berusia seminggu..Baru nak discharge..SEMINGGU dok spital mamanya dah xde rupe orang dah..hahaaa..Sebelahnye pulak Raisya dh berusia 2 bulan..makin memboolat ye beliau..Hasil penangan susu mama..Mama pun seiring sejalan memboolat same..kih..kih..kih..
![]() |
| Seminggu |
![]() | |
| 2 bulan |
![]() |
| 5 bulan dah... |
![]() |
| 10 bulan |





























